Bukan sekadar homestay — pengalaman dengan natural pool tanpa klorin, kebun sayuran berlabel, dan kehidupan desa yang sengaja direka untuk keluarga moden.
Elma Farmstay lahir daripada satu perjalanan yang luar biasa — meninggalkan kehidupan kejuruteraan di Jepun untuk kembali ke tanah, membangun sesuatu yang bermakna untuk keluarga dan komuniti.
Di atas 1/3 ekar di Kg Rantau Panjang, kami reka sebuah tempat yang membenarkan keluarga bandar untuk bernafas semula. Setiap detail — dari pintu kayu besar di pintu masuk, natural pool batu, kebun sayuran berlabel, hingga reban ayam — dibina dengan tangan sendiri, penuh niat.
Ini bukan sekadar tempat menginap. Ini adalah pengalaman yang mengubah perspektif tentang hidup dan alam.
Sistem kolam semula jadi kami menggunakan bog filter — air jernih, selamat untuk kanak-kanak, mesra alam. Ada stream berbatu, waterfall, dan suasana yang tidak anda temui di resort manapun.
Tiada bahan kimia — sistem tumbuhan semula jadi menapis air secara organik.
Aliran air semula jadi melalui batu-batan besar, berakhir dengan waterfall yang menenangkan.
Kawasan cetek 10" untuk anak kecil, bahagian dalam 2' untuk dewasa.
Boleh guna waktu malam — tiada lampu buatan, hanya cahaya bintang dan bunyi air.
Kebun · Reban · Grounding · Nature
Tanam pokok, jaga kebun, faham composting. Workshop informal dengan tools dan pamphlet untuk semua umur.
Anak explore tanah dan tumbuhan berlabel. Sensory play semula jadi — lumpur, benih, air mengalir.
Bagi makan ayam, kutip telur segar, jalan kebun. Bukan zoo — ini kehidupan sebenar yang penuh kenangan.
Berenang dalam air semula jadi. Dengar waterfall batu, segar dari pagi hingga malam berbintang.
BBQ pit, outdoor kitchen, lounge santai, padang untuk anak berlari — semuanya dalam satu kawasan.
Birthday, anniversary, atau sekadar malam istimewa — sambut di tempat yang tak biasa, di bawah langit terbuka Elma.
Kebun sayuran dan ulaman berlabel untuk terokai dan pelajari, compost system, dan ayam kampung — semua sebahagian dari pengalaman Elma yang tidak boleh anda temui di homestay biasa.
Pelbagai sayur dan ulaman ditanam organik — semua dilabel untuk tetamu terokai dan pelajari sendiri.
Durian, jambu, manggis dan lain-lain — semua pokok dilabel untuk pengalaman belajar yang lebih bermakna.
Kitar semula sisa organik — pelajari asas zero waste gardening dari owner sendiri.
Tools dan pamphlet disediakan. Belajar dari tanam benih hingga harvest sendiri.
Basikal kanak-kanak tersedia. Padang 20×20' untuk aktiviti dan ruang berlari bebas.
Reban kami ada dua jenis ayam — ayam penelur dan ayam daging. Bagi makan pagi dan kutip telur segar (ikut musim) — momen paling digemari anak-anak yang tak pernah mereka lupakan.
Harga weekday & weekend adalah sama. Peak season semasa cuti sekolah — tempahan awal sangat digalakkan. Setiap unit max 9 pax.
Semak terus di sini sebelum WhatsApp kami. Kalendar dikemaskini oleh team Elma secara real-time.
Cara Baca Kalendar
Tarikh ada label "BOOKED" — sudah ditempah. Tarikh kosong — masih available. Klik → untuk bulan seterusnya.
Pilih tarikh yang kosong, lepas tu terus WhatsApp kami untuk sahkan tempahan.
Peak Season
Cuti sekolah & cuti umum — tempahan awal sangat digalakkan. Weekday & weekend sama harga.
Terletak di Kg Rantau Panjang, Klang — lokasi strategik yang mudah diakses dari Klang dan Shah Alam. Sesuai untuk short weekend getaway tanpa perlu jauh dari bandar.
Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor
±20 minit perjalanan
Percuma, muat 20 kereta
WhatsApp kami untuk pin Google Maps yang tepat
Tempahan terbuka sekarang. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk semak ketersediaan dan pin lokasi.